Kepada sesiapa yang ingin memberi sebarang maklumat, membuat aduan atau menghantar artikel bolehlah diemail ke jomsumpit@yahoo.com .
Hanya maklumat, aduan ataupun artikel yang ditapis sahaja akan di paparkan di dalam blog ini. Maklumat penghantar juga akan kami rahsiakan. Aduan-aduan dan maklumat tersebut kami akan ajukan kepada bahagian atau cawangan Pakatan Rakyat yang berkaitan atau yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya. Keutamaan adalah untuk rakyat negeri Melaka.

Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak mengumumkan beberapa "hadiah" sempena 100 hari pemerintahannya. Hakikatnya pengumuman yang dibuat Najib tidaklah begitu penting atau menyentuh bidang-bidang yang begitu kritikal seperti yang didakwa akhbar-akhbar tertentu.

Sebahagian daripada apa yang diumumkan mungkin boleh diberi perhatian tetapi kebanyakannya tidak membawa sebarang perubahan besar pada landskap politik dan ekonomi dalam negara ini.

Diskaun 20 peratus yang diberikan kepada pengguna kerap jalan raya bertol, terhad kepada mereka yang menggunakan kad Smartag dan Touch 'n' Go, tidak membantu pun untuk menyelesaikan masalah berat sebelah dalam kontrak penswastaan lebuh raya yang ditandatangani di antara kerajaan dan operator.

Tidak juga dijelaskan sama ada diskaun tersebut diberikan oleh operator lebuh raya atau kerajaan yang akhirnya perlu membayar pampasan kepada operator atas kehilangan pendapatan mereka.

Kebanyakan pengumuman yang dibuat tidaklah luar biasa.

Memberikan potongan 50 peratus bagi memperbaharui lesen peniaga dan penjaja kecil di Kuala Lumpur, menyediakan rumah kos rendah kepada keluarga berpendapatan rendah, memudahkan permohonan pendaftaran kelahiran di Sabah dan Sarawak, pembinaan jalan raya dan keperluan awam di Sabah dan Sarawak dan menawarkan 3,000 lesen teksi tambahan kepada individu, semuanya boleh dilakukan oleh mana-mana kerajaan dan tidak perlu dihebohkan.

Hanya di Malaysia, pengumuman seperti itu dianggap "hadiah" dan "pemberian istimewa" yang diberikan kepada rakyat oleh pemimpin tertingginya. Saya ingin menawarkan nasihat percuma kepada Perdana Menteri. Beliau perlu sesekali mengelakkan diri daripada membuat pengumuman populis seperti itu kerana ia tidak memberikan sebarang kelebihan kepadanya.

Kebanyakan penduduk bandar di Malaysia kini semakin matang berpolitik. Pengumuman seperti itu tidak menjadikan Najib lebih pemurah atau lebih prihatin dan mesra rakyat. Sebaliknya ia hanya mendedahkan ketidakmampuannya memberi fokus kepada isu-isu asas yang melanda rakyat dan negara.

Perdana Menteri dan pasukan pakar beliau perlu memberikan lebih tumpuan dan usaha terhadap pembangunan ekonomi kita. Struktur ekonomi kita jelas menghadapi kesempitan. Usaha kita untuk memasarkan Malaysia sebagai hub teknologi tinggi dan ekonomi berasaskan pengetahuan tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Masalah utama yang diketengahkan oleh kebanyakan organisasi, baik organisasi tempatan dan asing, ialah kurangnya pekerja mahir. Apakah strategi kerajaan untuk mengekalkan dan menambahkan jumlah tenaga kerja mahir?

Polisi pendidikan kerajaan yang terumbang ambing mendatang kos yang tinggi kepada masyarakat. Ia bererti harapan kita untuk meningkatkan modal pengetahuan bagi tenaga kerja kita akan terjejas dan sebarang perancangan baru untuk membantu memperbaiki mutu sistem pendidikan kita hanya boleh dilakukan selepas 2012.

Dalam bidang ekonomi, semua rancangan kita - sama ada rancangan lima tahun atau sebaliknya - nampaknya tidak berhasil. Terdapat keperluan untuk memikirkan semula strategi pertumbuhan baru bagi pembangunan ekonomi kita. Tidak ada satu pun taman industri dan hub baru kita - Cyberjaya, Zon Bebas Pelabuhan Klang dan pelbagai koridor - menunjukkan tanda-tanda kejayaan.

Strategi pembangunan pelancongan kita lebih tertumpu kepada promosi dan iklan daripada pembangunan produk pelancongan bertaraf dunia dan pembaikan kemudahan awam untuk menyokong pelancongan.

Melantik Jean Todt, bekas CEO Ferrari, tidak akan menyelamatkan industri. Sekali lagi, ia hanya mendedahkan kekurangan idea kita untuk membangunkan sektor tersebut.

Sebagai seorang veteran, Perdana Menteri seharusnya berbuat perkara yang lebih baik daripada 11 pengumuman sempena 100 hari pemerintahannya. Dalam soal hubungan kaum, beliau sepatutnya bertindak memperkenalkan undang-undang mengenai perhubungan sebenar bagi melindungi rakyat daripada salah laku dalam hubungan kaum. Beliau sepatutnya memperkenalkan formula gabungan baru bagi Barisan Nasional (BN).

Setiap parti atau gabungan politik mesti beredar di sekitar perubahan keperluan dan jangkaan masyarakat. Struktur politik BN tidak membantu mempromosikan pembinaan bangsa yang sebenar. Dalam banyak keadaan, ia berbahaya kepada perpaduan nasional kerana terlalu melindungi bangsa dan kaum tertentu.

Pada peringkat awal pemerintahannya, Najib pernah menyentuh soal untuk merubah BN. Malangnya ia tidak pernah dikotakan dalam 100 hari pemerintahannya. Beliau sepatutnya meningkatkan usaha untuk menghasilkan ucapan yang bernas tentang keperluan meneroka perubahan sosio politik yang bermakna untuk menggerakkan masyarakat ke arah kehidupan yang kurang berbau perkauman dan masa depan yang lebih bersatu.

Najib kerap bercakap mengenai niatnya untuk membanteras jenayah dan memerangi rasuah tetapi tidak pernah menjelaskan secara terperinci kepada kita tentang kaedahnya. Saya menyokong penuh hasrat Perdana Menteri untuk menyelesaikan dua isu ini.

Tetapi untuk menyelesaikan dua isu ini, pentadbirannya perlu terlebih dahulu memperkukuhkan institusi awam berkaitan yang bertanggungjawab terus untuk menjalankan tugas memerangi rasuah dan jenayah.

Apakah rancangan beliau untuk memulihkan keyakinan awam terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis dan badan kehakiman? Apakah yang telah terjadi kepada dua suruhanjaya diraja - kehakiman dan pasukan polis? Sebagai permulaan, pentadbirannya perlu memastikan dua suruhanjaya itu ditutup dengan alasan yang wajar. Apakah Najib akan menyelesaikan isu ini dalam 100 hari berikutnya?

Terdapat banyak isu asas yang penting masih tidak diselesaikannya dalam 100 hari pemerintahannya seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, kes kematian dalam tahanan polis, skandal tanah, krisis perlembagaan dalam krisis di Perak, pertelingkahan melibatkan agama, penghapusan undang-undang kejam dan banyak lagi. Isu-isu ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Ia akan kembali menghantui pemerintahannya.

Sebagai rakyat Malaysia, saya harap Perdana Menteri dapat melakukan yang terbaik. Ia merupakan hak saya sebagai rakyat untuk menjamin pemerintahannya menghasilkan yang terbaik kepada negara. Sekarang bukan masa untuk membuat pengumuman populis, perubahan separuh hati dan sekadar ingin mengampu.

(Terjemahan oleh MUHAMMAD NOR ABD SAMAD)_

Sumber : Harakahdaily (Khoo Kay Peng)
Komen aku: Mungkin perubahan-perubahan yang saudara nyatakan ini akan dilakukan setelah Obama telefon Abg Najib. kahkahkahkah.....

Ingatkan Obama telefon Abg Najib pasal isu pembebasan rakyat Malaysia di Kem Guantanamo. Tapi rupa-rupanya berkenaan isu terdapat bank di Malaysia yang dijadikan tempat urusniaga persenjataan Korea Utara. Kahkahkah.....kaki kencing juga Abg Najib ni.....kahkahkah. Masuk dalam akhbar bergambar konon-konon sedang bercakap dengan Obama. kahkahkah....lawak tul Abg Najib ni.....kahkahkah.....Sebelum Jom Sumpit kena kencing. Jom Sumpit sempat gak tepis. kahkahkah....
Dibawah ni gambar dari Utusan Malaysia

gAMBAR (kiri) Najib Tun Razak sedang berbual dengan Barrack Obama di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur malam tadi.

Wajib baca : 10 bintang punya artikel

Oleh sumpit | Sabtu, Julai 25, 2009 | , , , , , , | 0 Komen »

Kewibawaan institusi kerajaan dan pembelaan orang Melayu: Nila di tangan siapa?
===========================================================
Azam Aris, penulis “The Quintessential Man” — biografi bekas Pengerusi Petronas, MAS dan Putrajaya Holdings, Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin — menukilkan kata-kata Allahyarham sebaik sahaja mendengar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 bahawa mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat tindakannya sendiri:

“Mustahil mata lebam tersebut akibat tindakan Anwar sendiri.”

Azizan dikenali sebagai orang kanan Dr Mahathir, yang pernah menjadi Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri. Namun episod yang dirakam di dalam biografinya itu menjadi bukti integritinya yang menjadi lagenda di dalam institusi kerajaan.

Kita baru sahaja dikejutkan dengan kematian pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor, mendiang Teoh Beng Hock selepas disoalsiasat SPRM. Media arus perdana menegaskan beliau bunuh diri, sedangkan beliau dijadualkan mendaftarkan perkahwinannya keesokan hari dan bakal mendapat anak tidak lama lagi. Prosedur siasatan SPRM juga meninggalkan tandatanya, sehingga ramai mendesak dibentuk Suruhanjaya DiRaja. Akhirnya, Kerajaan mengakui bahawa terlalu banyak persoalan timbul tentang kematian Teoh dan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja (walaupun bidangkuasanya terhad berbanding apa yang diminta orang ramai).

Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times, Zainul Ariffin dalam tulisannya di Berita Harian menuduh bahawa pimpinan Pakatan Rakyat mempertikaikan kewibawaan orang Melayu apabila mengkritik institusi kerajaan. Tulisannya mengingatkan saya tentang bagaimana propaganda kerajaan disumbat kepada mahasiswa di dalam Biro Tatanegara.

Adakah beliau lupa kenyataan Dr Mahathir tentang kes Anwar? Waktu itu pihak polis menjamin Anwar dalam keadaan selamat, namun rupa-rupanya Ketua Polis Negara sendiri, Tan Sri Rahim Noor memukul Anwar. Bukan seorang polis berpangkat rendah, tetapi pegawai polis nombor wahid!

Tiada siapa suka-suka mempertikaikan institusi kerajaan. Secara peribadi institusi kerajaan mempunyai hubungkait rapat dengan saya memandangkan bapa saya seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik seangkatan Allahyarham Azizan yang berkhidmat selama tiga dekad daripada negara kita mula-mula merdeka. Isteri saya seorang kakitangan kerajaan. Apatah lagi untuk mengkritik institusi kerajaan atas sebab perkauman memandangkan saya pun orang Melayu.

Saya mengenali ramai kakitangan kerajaan hari ini — Melayu dan bukan Melayu — yang berani melaksanakan amanah mereka untuk rakyat. Ramai yang berkebolehan dan berwibawa. Ramai yang melihat tugas ini bukan sekadar “makan gaji” tetapi tugas mereka kepada Raja dan negara. Ada rakan-rakan saya yang menolak peluang pekerjaan lebih lumayan, termasuk di luar negara, semata-mata untuk menyertai perkhidmatan awam.

Namun, sebagaimana tergambar kes Anwar dan Beng Hock, kewibawaan institusi-institusi kerajaan telah tercemar. Bak pepatah Melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Inikan pula selepas begitu banyak nila, bukan lagi setitik, tumpah ke dalam belanga tersebut, walaupun hakikatnya susunya asalnya putih bersih. Persoalannya siapakah yang telah menuang nila tersebut sehingga kita hingga kewibawaan institusi kerajaan dipersoalkan semua pihak? Siapakah yang menjejaskan kredibiliti institusi kerajaan sehingga pegawai-pegawai berdedikasi ditukarkan ke jabatan lain ataupun dibekukan kenaikan pangkat kerana kesetiaan mereka terhadap amanah mereka tersebut?

Kewibawaan institusi kehakiman yang dahulunya antara paling dihormati di negara-negara Komanwel tercemar apabila Tun Salleh Abas dipecat sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988. Apabila Mahkamah Agung bersidang dan memberikan ruang kepada Tun Salleh Abas mempertikaian keputusan tribunal yang memecatnya, hakim-hakim Mahkamah Agung pula digantung. Empat daripada lima mereka merupakan Melayu. Dua daripada mereka kemudian dipecat terus, dan salah seorang daripadanya adalah Melayu.

Kemudian kita ada kes pemecatan Anwar pada 1998, yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden Umno di atas tuduhan-tuduhan yang luarbiasa. Sistem kehakiman — termasuk hakim bukan Melayu — digunakan bagi memastikan Anwar dipenjarakan sedangkan kes pendakwaraya jelas tempang.

Baru-baru ini, lima orang peguam muda — empat daripadanya gadis-gadis Melayu — mencipta sejarah sebagai peguam pertama dalam sejarah Malaysia yang ditahan ketika menjalankan tugas mereka untuk membela tahanan polis.

Jangan kita lupa, pembongkaran video V.K. Lingam oleh Anwar pada tahun 2007 yang mendedahkan bahawa seorang towkay judi Cina — Vincent Tan — bersama seorang peguam India — V.K. Lingam — bersubahat bagi mengatur perlantikan hakim bersama dengan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Halim. Ahmad Fairuz memegang jawatan Ketua Hakim Negara ketika skandal tersebut dibongkarkan.

Dalam pelbagai skandal dan kes rasuah, pegawai kerajaanlah dihukum — menjadi kambing hitam apabila keadaan memerlukannya. Namun acapkali ahli politik Umno dan BN lepas begitu sahaja. Malah yang diisytiharkan bersalah politik wang, tidak pula disiasat oleh SPRM.

Di manakah Zainul Ariffin ketika insiden-insiden ini terjadi sehingga menjejaskan kewibawaan institusi kerajaan kita? Jelas dengan insiden-insiden ini, bukan institusi Melayu yang dipersoalkan, tetapi integriti institusi kerajaan yang dibentuk bapa-bapa kemerdekaan kita untuk menjadi asas sebuah negara merdeka dan berdaulat yang dihormati.

Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno dan Barisan Nasional juga tidak dapat menerima prinsip Federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita.

Lihat sahaja Kerajaan Negeri Kelantan, negeri yang penduduknya 90 peratus Melayu. PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama Parti Perikatan pimpinan Umno dan seterusnya menjadi anggota Barisan Nasional berikutan rusuhan kaum 13 Mei 1969. Antara hujah yang menarik perhatian Datuk Asri Muda, Presiden PAS ketika itu adalah perpaduan Melayu.

Namun selepas pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Kerajaan Negeri PAS Kelantan telah ditumbangkan dengan taktik kotor berikutan irihati pimpinan Umno.

Apabila PAS menang semula pada 1990, Kerajaan Negeri Kelantan telah dianaktirikan. Rakyat Kelantan yang majoriti besarnya Melayu itu dihukum kerana mengundi pembangkang sehingga Sultan Kelantan pun hendak digulingkan! Malah kini, hasil gas dan minyak yang berada di persisiran air Kelantan pun tidak diberikan royalti (ingat lagi penarikan balik royalti minyak Petronas ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999?) semata-mata kerana pandangan politik sempit pimpinan Umno.

Ketika Datuk Seri Khir Toyo yang hari ini mendabik dada menjadi pejuang Melayu, memegang jawatan Menteri Besar, beliau telah mengambil tindakan menggantung Jawatankuasa Masjid yang berani membebaskan diri mereka daripada campurtangan politik Umno. Malah, Surau Flat Jubli Perak di Bangi pernah dirobohkan kerana berani mengundang penceramah yang kritikal terhadap Umno. Jangan pula kita lupa dasar setinggan sifar di bawah Khir Toyo yang mana institusi kerajaan digunakan untuk merobohkan kawasan setinggan seperti Kampung Berembang yang didiami majoriti orang Melayu secara zalim semata-mata untuk memberi ruang kepada pemaju-pemaju besar mengaut keuntungan besar.

Hari ini kampung-kampung Melayu di negeri-negeri Pakatan Rakyat berpecah belah kerana ada dua Ketua Kampung dan dua JKKK. JKKK jelas berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, sebagaimana pernah disuarakan DYMM Sultan Selangor tahun lepas. Namun atas kegagalan BN memahami realiti demokrasi, maka mereka berkeras mahu melantik JKKKP sekaligus mengucar-kacirkan masyarakat kampung.

Terbaru sekali, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar melarang pegawai-pegawai Kementeriannya menghadiri mesyuarat-mesyuarat Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Majoriti besar pegawai-pegawai ini Melayu, dan banyak projek-projek pertanian melibatkan masyarakat Melayu yang daif dan perlu pembelaan. Namun mengapa Noh mengambil pendirian cetek demikian? Adakah Noh iri hati terhadap kejayaan projek melipatgandakan hasil padi yang memberi kesan positif kepada penanam-penanam padi di Selangor termasuk penanam Melayu? Adakah Noh khuatir jika orang Melayu di desa pun melihat keberkesanan dasar Kerajaan Negeri yang baru, Umno akan tumbang di kubu kuatnya tidak lama lagi?

Malah, ramai pegawai-pegawai kerajaan yang mengucapkan penghargaannya kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kerana kali ini pandangan mereka sebagai penjawat awam dihormati. Dahulu di bawah BN mereka cuma diminta menurut perintah ahli politik tanpa soal, kali ini mereka ada ruang untuk menyuarakan pandangan mereka.

Umno tidak lagi boleh merencatkan pemikiran orang Melayu dengan dakyah-dakyah sempit mereka. Dengan menyamakan kita mengkritik institusi-institusi ini sebagai mempertikaikan kewibawaan Melayu, Umno cuba berselindung daripada menyelesaikan isu sebenar di sebalik propaganda perkauman. Selama ini, itulah strategi Umno. Tetapi orang Melayu tidak akan bergerak ke hadapan dengan pandangan-pandangan begitu.

Tidak timbul kita tidak percaya kepada institusi “Melayu” — kita juga tegas dalam isu PKFZ yang melibatkan ramai pemimpin MCA (dan juga Umno — semangat tulen perkongsian kuasa BN!) dan Maika Holdings yang melibatkan MIC. Rakyat Malaysia hari ini mahukan institusi kerajaan yang berwibawa, yang dapat menjalankan tugas “without fear or favour” dan tidak menjadi perkakas politik pihak-pihak tertentu. Kita mahu kebolehan pegawai-pegawai kerajaan diiktiraf.

Jika Pakatan Rakyat tidak menyuarakan perkara ini, kewibawaan institusi kerajaan kita akan jatuh ke tahap yang lebih dasyat lagi. Siapakah yang bertanggungjawab merosakkan kewibawaan institusi-institusi ini kalau bukan Umno dan BN sendiri?

Mungkin bagi mengingatkan Zainul, bapa saya sendiri yang begitu setia membaca New Straits Times yang dikenali sebagai akhbar berbahasa Inggeris pro-establishment begitu jelek dengan propaganda kerajaan sehingga berhenti membelinya pada 1998! Jika beliau menonton Buletin Utama pun beliau sudah berhenti mempercayai propaganda politik yang dilaporkan. Kalau pegawai kerajaan pun tidak membeli propaganda BN, siapa lagi yang percaya dakyah Zainul?

Jangan dalam keghairahan kita menjadi penulis upahan Umno, kita buta kepada kesan-kesan nila yang mewarnai tangan-tangan penguasa!

Sumber : tvantara (Nik Nazmi)
Komen aku : Jom sumpit malas nak komen banyak. Cuma Jom Sumpit nak kata, kalau rasa tergugat, malu dan muka tebal. Jangan sampai main sabotaj-sabotaj. kahkahkahkah...main cara gentleman la bro.......kahkahkah....Kalau nak jadi lembu pun...jadilah lembu yang berpada-pada.....kahkahkahkah

Main duit pun kalah ke? kahkahkah

Oleh sumpit | Selasa, Julai 14, 2009 | , , , | 0 Komen »

Berita Pertama:

Husam: PAS jangkakan akan kalah di Manek Urai

KUALA KRAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manek Urai yang baru dari PAS, Mohd. Fauzi Abdullah menyifatkan kemenangan yang diperoleh hari ini bukan kejayaan peribadi beliau semata-mata.

Sebaliknnya beliau berkata, ia adalah kemenangan Islam secara keseluruhan.

"Saya berterima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi saya, saya bersyukur pilihan raya ini berjalan dengan lancar.

"Saya akan menjadi ADUN dengan sebaik mungkin tanpa mengira fahaman politik," katanya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Manek Urai sebentar tadi.

Fauzi berjaya mengekalkan kedudukan PAS di Manek Urai hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam.

Bagaimanapun calon BN dan pemimpin-pemimpin parti itu tidak kelihatan di pusat penjumlahan undi yang diadakan di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

Dipercayai mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk dari Manek Urai ke Kuala Krai.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beliau sangat berbangga dengan pengundi di kawasan Manek Urai kerana mempunyai ketahanan diri yang kuat walaupun wang yang banyak digunakan.

"Majoriti tidak penting kerana kita (PAS) bukan sahaja berhadapan dengan jentera pilihan raya tetapi penggunaan politik wang juga," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS.

Husam yang juga Naib Presiden PAS memberitahu, pihaknya sebenarnya menjangkakan bahawa parti itu akan kalah kali ini.

Oleh itu, beliau menyifatkan malam ini sebagai satu kejayaan luar biasa.

Ditanya sama ada kemerosotan undi malam ini disebabkan faktor kehadiran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Husam berkata:

"Itu soalan nakal."

"Hari ini kita bersyukur kepada semua pihak malam ini. Kita akan analisis keputusan hari ini," katanya lagi.

Berita Kedua :

Ramai beratur ambil wang di MU

Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

Mafrel, polis siasat rumah kayu

Sementara itu, pemantau piihanraya, Mafrel, telah pergi ke rumah kayu tersebut dengan ditemani anggota polis pada jam 11.30 pagi, ekoran dakwaan pemiliknya membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.

Pemilik rumah tersebut, ketika ditemui pihak Mafrel sebelum itu, menghalang mereka daripada masuk ke dalam.
Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."


Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.

"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.

Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:

"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.

Bagaimanapun, apabila Mafrel tetap bertegas, mereka dibenarkan masuk dengan diiringi anggota polis.

Wartawan Malaysiakini: Kuek Ser Kuang Keng, Hafiz Yatim, Jimadie Shah Othman, Wong Teck Chi, Ng Kok Fong dan Amiruddin Abdullah.

Sumber : mStar & Malaysiakini
Komen aku : Kahkahkah.....main duit pun kalah. Main jambatan pun kalah. kahkahkah....
Cuba la main masak-masak ke ....main kawin-kawin ke pulak....kahkahkah. Jangan nakal-nakal lagi tau. Nanti Jom Sumpit rotan karang....kahkahkah....

Undur..undur...BN undur....
Bungkus....bungkus...BN bungkus
Bungkus...bungkus....Nasi bungkus
kahkahkah..............

Sejak awal PPSMI dilaksana secara gopoh-gapah, tanpa didahului kajian menyeluruh, tanda singkat fikiran. Idea Dr Mahathir Mohamad itu tidak berani disanggah terutama oleh pemimpin Umno-BN (yang kini mahu mengubah persepsi rakyat bahawa pemansuhannya atas inisiatif Umno) walaupun ada bantahan kecil di sana-sini ketika mula diperkenalkan.

Kerajaan BN ternyata sukar untuk mengerti bahasa perbincangan dan perundingan. Ia hanya tersentak apabila suasana menjadi riuh-rendah, ramai tokoh bahasa turun padang menentang, manakala pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO mengatur road-show untuk menarik seramai mungkin rakyat prihatin menunjuk marah dan protes di jalan-jalan raya.

Percayalah, jika hanya bersandarkan alasan rasional yang dikemukakan dalam bilik berhawa dingin, PPMSI pasti tidak akan dimansuhkan. Tembakan gas pemedih mata dan pancuran air kimia juga menjadi saksi bagaimana penguasa bebal akhirnya dapat dijinakkan, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Ya, asakan dan tekanan politik juga yang digeruni dan difahami penguasa.

Namun, seperti rungutan Pak Samad Said, bahawa yang tetap diutamakan masih bahasa Inggeris apabila diperuntukkan RM5,000 juta untuk memperkukuhkan pengajaran dan pembelajarannya. Nasib bahasa Melayu terus terpinggir. Ramai lupa, tanpa PPSMI pun, kedudukan bahasa Melayu sudah begitu rendah dan tidak dipedulikan dalam banyak sektor penting. Apatah lagi jika pemansuhan PPSMI hanya setakat Tingkatan Lima, dan kemudiannya bahasa Melayu dipandang sepi di peringkat pengajian tinggi.

Pada 1 Ogos nanti, satu lagi himpunan raksasa (yang dijangka lebih besar daripada demonstrasi Bersih dan PPSMI) mendesak mansuhkan ISA bakal berlangsung. Ramai salah faham bahawa ISA hanya musuh kepada aktivis yang tidak selari dengan kerajaan. Rakyat seluruhnya teruk menderita (walaupun mungkin ramai tidak menyedarinya) dikongkong akta puaka ini.

Harakah cuba bersama-sama untuk memastikan himpunan Sabtu 2 petang itu dapat dijayakan dan Najib Razak sendiri akan lebih faham apa yang perlu diutamakannya. _

--------------------------------------------------------------------------------------
Artikel Berkenaan ISA

ISA:BN tidak wajar dimaafkan, mangsa dianiaya dan dizalimi

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Hrkh) - Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh pemerintah Barisan Nasional (BN) di negara ini tidak boleh dimaafkan.

"Ia menganiaya mangsanya apabila dinafikan hak bersuara dan membela diri,"tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu apabila bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan kezaliman akta itu tidak boleh dimaafkan.

Semalam Nik Aziz menyifatkan penggunaan ISA terhadap pemimpin lebih teruk daripada istilah 'binatang'.

"Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah lebih teruk daripada perkataan itu,"bidas Nik Aziz.

Beliau berkata demikian bagi menjawab serangan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat termasuk binatang atau 'menate' dalam loghat Kelantan dalam satu ceramah di Manek Urai Dua baru-baru ini.

Nik Adli Nik Aziz salah satu anak beliau turut menjadi mangsa tahanan ISA dituduh terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia pada 4 Ogos 2001 kemudian dibebaskan pada 18 Oktober 2006.

Mohamad Sabu yang turut mengulas mengenai akta zalim itu turut sama bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am itu dan menyifatkan kezaliman akta itu tidak boleh dimaafkan.

Katanya, akta seperti ISA tidak perlu lagi dipertahankan kerana ternyata ia menganiaya mangsanya apabila dinafikan hak bersuara dan membela diri.

Tegasnya yang juga pernah ditahan dibawah akta itu semasa Ops Lalang, kerajaan yang mementingkan kedudukan mereka sahaja sanggup mengggunakan akta ini.

Justeru, beliau yang tidak berganjak dari pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan meminta seluruh rakyat negara ini turun beramai-ramai pada 1 Ogos nanti untuk menyatakan bantahan terhadap kezaliman kerajaan BN.

Beliau yang akan berada di lokasi Masjid Negara pada hari tersebut, percaya himpunan itu akan berlangsung secara aman jika tidak ada sebarang provokasi dari mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Yang dipertua PAS Kawasan Batu Ishak Surin yang pernah ditahan ISA pada 1965 turut merasai kepahitan ditahan dalam tempoh 60 hari.

Beliau berkata, mereka yang tidak merasai keseksaan ditahan dibawah akta itu boleh bermacam-macam mengandaikan akta itu ada baiknya.

Tetapi, kata beliau hanya mereka yang mengetahui dan mengalami sendiri pengalaman dizalimi akan tetap menyatakan akta itu harus dimansuhkan.

Beliau menyeru semua bekas tahanan ISA, keluarga tahanan dan orang ramai bersama-sama dalam perhimpunan itu nanti.

"Kita tunjukkan satu perpaduan menentang kezaliman ISA pada hari itu, dan tuntut agar akta itu dihapuskan," katanya semasa dihubungi. - mks. _

Sumber : Harakahdaily (Ahmad Lutfi Othman)
Komen aku : Dari kedua-dua artikel diatas Jom Sumpit boleh membuat kesimpulan mudah iaitu bahawa pihak penguasa tak faham cakap manusia tetapi mereka hanya faham bahasa binatang. Kahkahkahkah....

Debat bersama Dr Mujahid, Khairy menghilangkan diri

Oleh sumpit | Ahad, Julai 12, 2009 | , , , , | 0 Komen »

PULAU PINANG, 11 Julai (Hrkh) - Bagai menanti buah yang tak akan gugur, ramai di kalangan yang hadir di Kompleks Masyarakat Penyayang petang tadi ternyata kecewa apabila Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin tidak hadir dalam debat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

"Takut dengan bayang-bayang sendiri," demikian antara tanggapan orang ramai yang hadir pada petang tadi apabila dimaklumkan ketiadaan Ketua Pemuda Umno itu.

Sebaliknya, tempatnya diambil oleh Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,Afendi Yusuf dalam debat yang berlangsung jam 2 petang tadi.

Selain Khairy, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya juga tidak hadir dalam debat yang mengulas isu; 'Wacana Minda Perpaduan Ummah'.

Program anjuran Umno Bahagian Tanjung itu dibuat untuk menghurai beberapa masalah yang berlaku di negara selain mendapat pandangan daripada berbagai pihak termasuk PAS yang dikatakan mempunyai banyak formula untuk tanganinya. - mks._

Sumber : Harakahdaily
Komen aku : kahkahkah.....Adik Khairy boleh main lari-lari pulak ni.....ingat main bola ke apa. Dah la MY-Team nak bankrup. kahkahkah....
Adik Khairy mana layak debat bab agama ni. Kalau bab bola ke, sosial ke, gengster, duit ke.....ok la. Ohhhh ada lagi satu.....bab maya karin.....kahkahkah. Kalau bab-bab ni majlis belum mula lagi adik Khairy dah dah sampai dulu, siap dah standby kat kerusi majlis. kahkahkah....
Kesian-kesian.....kurang didikan agama rupanya. kahkahkah.
Jawatan Ketua Pemuda Umno ni patut bagi kat Mukriz ni......bagi kat adik Khairy nak debat pun takut apa barang......kahkahkah
Lim Kit Siang kata "Budak Oxford yang memalukan"....kahkahkah

Muhyiddin: Undi Pas Atau Jambatan

Oleh sumpit | Ahad, Julai 12, 2009 | , , , | 0 Komen »

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi kata dua kepada rakyat Kelantan di Manek Urai - undi untuk Pas atau undi untuk jambatan.

"Kita boleh bina jambatan itu, tetapi dengan satu syarat. Syaratnya mudah - iaitu kamu semua perlu pangkah, tapi pangkah BN. Jika kamu tidak undi BN, kamu tak dapat jambatan. Kalau mahu jambatan, undilah BN," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata demikian dalam satu temu rapat bersama pengundi di Sekolah Kebangsaan Manek Urai.

Jambatan itu dikatakan sepanjang 300 meter bernilai antara RM7 juta hingga RM10 juta. Menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lamna, ia akan menggantikan jambatan satu laluan yang dibina pada 1990.

Sumber : tvantara
Komen aku : kahkahkah......undi BN semata-mata untuk mendapatkan jambatan. Lawak tul.... Lepas dah dapat jambatan tak dapat apa-apa faedah lagi dah. Gigit jari kaki la jawabnya....kahkahkah.....Tu pun kalau BN menang. Kalau kalah memang langsung tak dapat.
Ni rasuah namanya. Pengundi ditawarkan jambatan sekiranya BN menang dalam pilihanraya tersebut. Sebaliknya jika kalah langsung tak dapat apa-apa. Otai-otai Pakatan Rakyat sila buat laporan ke SPRM. Tangkap Abg DIN. kahkahkah
Ni dah kena penyakit jambatan Abg Ali ke? kahkahkah....Abg Ali pun nak buat jambatan. Jambatan dari Melaka ke Indon. kahkahkahkah

KUALA KRAI, 9 Julai (Hrkh) - Masihkah anda ingat siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memilik banyak hartanah di Johor.

Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai.

Orang yang bertanggungjawab memberi kelulusan tersebut ialah pemimpin yang mengetuai kerajaan Johor pada 1989 hingga 1995.

Itulah pengenalan ringkas bagi mengenali siapa Tan Sri Muhyidin Yassin yang dikaitkan dengan tragedi yang memalukan orang Melayu di Johor.

Dan berikutan itu Muhyiddin dipindahkan ke pusat sebagai menteri kabinet oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai usaha menyelamatkan karier politiknya.

Dan hari ini beliau berjaya mendaki tangga keemasan politik dalam Umno apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas menang jawatan Timbalan Presiden Umno.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin terbabit yang mengetuai Umno di Johor ketika menjadi menteri besar ternyata telah mengkhianati hak orang Melayu.

"Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura.

"Ini bukti bahawa Umnolah yang menggadai hak orang Melayu setelah rakyat memberi mereka kuasa sepenuhnya lebih 50 tahun mentadbir negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan, katanya pada ceramah di Temalir dekat sini malam semalam.

Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini.

"Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah.. tidak.

"Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota Dewan Negeri Negeri Johor dari Umno tidak boleh jawab, katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Muhyiddin telah mengkhianati orang Melayu di Johor dalam isu tanah rezab dan pemilikan dalam Dana Johor.

Sedangkan katanya, kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburannya Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996

Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memandangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit.

Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM10,000. Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam.

Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.

Ketika era Muhyiddin sehingga Dato Ghani Othman menjadi Menteri Besar Johor bukan sahaja ASJ merosot sebaliknya banyak syarikat milik kerajaan negeri yang rugi berjuta-juta ringgit termasuk Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Sehingga Disember tahun lalu KPRJ direkod berhutang sebanyak RM429.4 juta.

Salahuddin berkata, jenayah paling mencabar orang Islam di Johor apabila Muhyiddin menukar cuti mingguan daripada hari Jumaat kepada Ahad.

Maka tidak hairanlah katanya, Johor yang dianggap sebagai kubu Umno paling kuat di dunia berjaya ditembusi PAS setelah memperolehi dua kerusi Dun pada pilihan raya umum lalu.

"Sekarang kita sama-sama fikir pada malam ini. Hari ini Muhyidin datang ke Manek Urai bercakap mengenai pembelaan nasib orang Melayu.

Begitu juga katanya Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan baru dilantik sudah hendak tunjuk lagak dan bercakap bohong.

"Dia kata hendak menolong orang kampung sehingga sanggup pergi menoreh getah dan tunjukkan gambar kepada umum. Beliau bercakap di Parlimen kononnya hendak menolong orang susah di Manek Urai," katanya.

Dan malam tadi ketika Muhyiddin berceramah di Kampung Manek Urai Lama hanya dihadiri kira-kira 200 penduduk lapor sebuan portal berita. - mj _

Sumber : Harakahdaily
Komen aku : Kan dah pecah tembelang. kahkahkah....Jom Sumpit bukan baru kenal siapa dia Abg Din ni. 2 x 5 dengan pemimpin yang lain. kahkahkah....kaki songlap
Jom Sumpit rasa-rasa la. Johor bukan lagi kubu kuat UMNO/BN tapi dah berpindah ke Sabah dan Sarawak. Tak percaya? Kita tunggu PRU 13 nanti.
Jom Sumpit pun tak sangka boleh Abg Din jadi Timbalan PM pulak. Rasa macam lawak je....Tengok macam tak ada yang layak. Cuma Abg Din ni lebih pandai cakap English sikit jika dibandingkan dengan Abg Ali. Kahkahkah....
Nak tau siapa Abg Din? Tunggu tembelang seterusnya.

Ni Jailani yang jalan kengkang tu ke? kahkahkah

Oleh sumpit | Khamis, Julai 09, 2009 | , , , , , , | 0 Komen »

Gambar : Jailani (2 dari kiri memakai vest dan berseluar jeans)


Tergugat, UMNO Guna Budaya Gangster

Pemuda UMNO Bukit Katil menggunakan budaya gangsterisme bagi menakut-nakutkan masyarakat dalam memastikan kedudukan Barisan Nasional terjamin.

Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka Kamaruddin Sedik berkata, budaya berkenaan dilakukan apabila mereka merasa tergugat dengan sambutan orang ramai terhadap Pakatan.

Katanya, apa yang lebih mengejutkan Pemuda UMNO menggunakan budaya berkenaan kepada Wakil Rakyat Pembangkang sehingga mendatangkan kecederaan.

"Isunya sekarang UMNO rasa tergugat dengan keadaan di Melaka, masalah dihadapi Ali Rustam dan mereka cuba menakut-nakutkan orang dengan wujudkan budaya gangster seperti saya lalui semasa hantar memo kepada Ali Rustam, diserang 40 Pemuda.

" Kawasan yang 'panas' hanya di kawasan Bukit Katil iaitu kawasan Ali Rustam dan Bahagian lain tiada masalah," Katanya ketika mengulas menenai kejadian tindakan ganas Ketua Pemuda UMNO Bukit Katil dan 40 pengikutnya menyerang dan memecahkan peralatan milik Pas dan DAP kelmarin.

Katanya, Pemuda UMNO tidak seharusnya mengambil tindakan membelakangkan undang-undang perlu berani mengambil langkah yang sama membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencari pengundi baru.

"Kalau mereka tidak berpuas hati, dalam demokrasi sepatutnya dia juga berlumba-lumba lakukan daftar keahlian atau daftar pemilih. Dia boleh buka meja tetapi masalahnya orang dia tidak bergerak,"katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Melaka Tey Kok Kiew berkata, sebelum kejadian berkenaan terdapat cubaan dari pihak berkenaan yang meminta SPR menghalang langkah yang dibuat DAP dan PAS.

"Sebelum ini saya diberitahu pegawai SPR kita buat di pasar malam ada orang tidak puas hati, Meraka minta SPR halang kami,"katanya.

Katanya, UMNO berasa tergugat kerana kejayan DAP mendapatkan lebih 1000 pendaftar baru dalam tempoh sebulan dan menyedari tren belia kini yang menolak pendekatan BN yang tidak lagi relevan.

"DAP termasuk saya adalah penolong pendaftar secara sah yang dilantik SPR. Tujuan kami adalah ikhlas pergi ke pasar malam untuk membantu rakyat," katanya.

Kelmarin, Pemuda UMNO Bukit Katil bertindak ganas dengan membawa cota menyerang anggota PAS dan DAp yang membuka kaunter pendaftaran pemilih baru di sebuah pasar malam sehingga mencederakan seorang wakil rakyat


Artikel dari blog Mutaligat

Pemuda Umno Bukit Katil yang mengganas menyerang petugas DAP dan PAS yang menjalankan kempen pendaftaran pengundi di Pasar Malam Melaka Baru minggu lalu berbohong lagi buat kesekian kalinya.

Semalam dalam kenyataannya di dalam sebuah media harian, Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Katil, Jailani Khamis menuduh petugas-petugas DAP dan PAS membaling botol kepada mereka.

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini kerana sebiji botol pun kami tidak bawa dalam kempen tersebut apatah lagi membalingnya ke arah mereka.

Saya yang turut berada pada program tersebut juga membantah kenyataan Jailani yang menyatakan kami berkempen politik sedangkan pembesar suara tersebut digunakan untuk mengajak orang ramai supaya mendaftarkan diri sebagai pemilih bukannya berceramah dan berkempen politik.

Diharapkan Jailani tidak menipu dan berbohong dalam hal ini. Jailani terus membuat pembohongan seperti kenyataan beliau sebelum ini bahawa pihak kami membuat provokasi kepada Pemuda Umno. Sedangkan mereka yang memaki hamun dan mencaci kami dan ADUN-ADUN DAP dengan cacian yang berunsur perkauman dan tidak bertamadun.

Lebih malang lagi pegawai-pegawai MBMB dan Polis juga turut menerima cacian dari beliau dengan kata-kata seperti lembap, terhegeh-hegeh dan lain-lain.
Saya menyeru kepada Jailani supaya berpolitik secara professional bukannya membuat penipuan dan berbohong seperti ini.


Sumber : tvantara dan mutaligat

Gambar,video dan berita berkaitan: Sila ke blog dewan pemuda PAS Bukit Katil dan Mutaligat
Komen aku : Kalau berani ketua mereka Ali Ketam turun sekali. Jangan asyik layan beruk je. kahkahkah.....beruk kesayangan yang ditambat di belakang rumahnya pun dah meninggal beberapa hari yang lepas....takkan masih berkabung lagi.....kahkahkah. Jangan lupa bawak meja dan kerusi. Bawak payung sekali. Lepas tu bertanding dengan wakil SPR dari pakatan rakyat, tengok siapa yang berjaya memperolehi ramai pendaftar baru.
Bertanding secara gentleman la bro. Jangan jadi bacul. Kalau menang terus contact Tok Guru Ayah Pin ajak naik jalan-jalan kat langit. kahkahkah.
Ni Jailani mana satu ni? Yang jalan kengkang tu ke? kahkahkah. Budak PEKIDA tak cukup akal. Kalau betul-betul jantan....datang sorang-sorang la bro. Apa barang datang ajak kaum? Lu jangan jadi bacul. Apasal lu takut datang sorang? Lu takut bila lu balik nanti lu jalan kengkang ke? kahkahkah
Apa? Jailani yang jalan kengkang tu menipu? Apa nak heran...Tok Guru Ayah PIN pun menipu. kahkahkah

Umno terus menjadi sasaran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dalam ceramahnya di Manek Urai malam tadi, mursyidul am PAS itu membandingkan pula Umno dengan Ayah Pin dan pertubuhan yang diharamkan, al-Arqam.

"Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya.

"Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," katanya dalam ceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai malam tadi.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas perkataan "sesat" dalam surah al-Fatihah. Dalam surah tersebut, Allah berfirman, antaranya, memerintahkan manusia mengikut jalan yang lurus dan bukan jalan orang yang sesat.

Pada 25 Jun lalu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian telah membuat laporan polis terhadap Nik Aziz yang didakwanya menyamakan parti Melayu itu dengan ajaran sesat dan komunis dalam sebuah ceramahnya.

Bercakap kepada media, Anuar juga dilaporkan menggesa Nik Aziz disiasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Bercakap di hadapan 2,000 penyokong dalam keadaan hujan renyai-renyai, Nik Aziz sekali lagi menggesa Umno menukar dasar kebangsaan yang didakwanya diamalkan parti itu, kepada dasar Islam.

Nik Aziz juga mendakwa Umno telah melepas geram kepadanya dengan menyifatkannya "nyanyuk" tetapi tidak memberikan hujah balasnya.

"Dia (Umno ) marah kita macam-macam perkara, Nik Aziz ini nyanyuklah. (Mereka) main kata. (Kata) nyanyuk. Itu bukan jawab, (itu) hendak pelepas geram, hendak pelepas geram orang kata...

"Lepas geram ni tak payah. Lepas geram ini tanda orang lemah. Macam bini tua dengan bini muda, (kena) tampar. Sebab dia tua, marah bini muda. Perangai orang tua nak balas, panas sangat dengan bini muda," katanya.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa turut hadir dan berucap dalam majlis ceramah itu.

Sumber : Malaysiakini
Gambar : Koleksi Gambar Jom Sumpit
Komen aku : Pin...pin.....pin....tepi sikit...tepi sikit...kereta jom sumpit nak lalu...kahkahkah...Biasa la, mereka dah kantoi. Terpaksa tahan malu. Dengar cerita ketua mereka pun berpuaka.....kahkahkah. Apa la lagi dengan pengikutnya. 2 x 5. Kalau ketua AL-Arqam mereka cari sampai kelubang cacing. Tapi bab ayah PIN mereka buat sambil leka walaupun lokasi Ayah Pin telah dapat di kesan. kahkahkah......Mereka mana boleh tangkap Tok guru mereka......kahkahkah...tu derhaka namanya....sembah derhaka pun tak boleh, tu pun dah di kira derhaka juga.....kahkahkah... nanti tak boleh jalan-jalan kat langit.....kahkahkah...


Kalau pemimpin dan rakyat dari pakatan rakyat nampak helikopter sedang berlegar semasa diadakan ceramah, demonstrasi ataupun majlis harap jangan pedulikan helikopter tersebut. Penghuni helikopter tersebut sedang membuat latihan untuk naik kelangit. Atau lebih tepat mereka sedang menunjuk-nunjuk yang mereka dapat naik kelangit mengikut seruan tok guru mereka Tok guru Ayah Pin. kahkahkah....

Mahkamah perintah Felda bayar peserta RM11 juta

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Felda membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peserta Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selama enam tahun selepas menolak rayuan.

Hakim-hakim Datuk James Foong Cheng Yuen, Abdull Hamid Embong dan Datuk Abdul Malik Ishak menolak rayuan itu dalam keputusan majoriti 21, dengan Abdul Malik menentang.

Felda memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang disampaikan pada 13 Jan tahun lepas memerintahkan lembaga itu membayar RM7.8 juta dengan faedah kepada peserta itu selepas peguamnya gagal hadir untuk pendengaran saman itu.

Amaun berkenaan sejak itu telah meningkat ke RM11 juta dengan faedah terkumpul tetapi peserta tidak lagi mendapat wang itu oleh kerana mahkamah meluluskan permohonan Felda bagi penangguhan pembayaran bergantung pada permohonan lembaga itu bagi kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Ketika meluluskan penangguhan, mahkamah memerintahkan amaun itu kekal dalam akaun bersama di bawah nama peguam cara kedua-dua pihak.

Kira-kira 200 peserta berada di mahkamah hari ini. Sesetengah mereka dilihat menadah tangan sebagai tanda kesyukuran bila keputusan dibacakan.

Mahkamah diberitahu bahawa setiap peserta akan dibayar pampasan RM30,000.

Peserta Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan, mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang memohon antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum oleh kerana mereka mendakwa lembaga itu telah menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi.

Sunil Abraham, peguam bagi Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, memberitahu mahkamah beliau akan mengemukakan permohonan kebenaran itu pada Isnin.

Foong turut menyentuh dakwaan peserta bahawa ketua Umno Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Felda mengugut peserta bahawa mereka akan disingkirkan jika terus bertindak terhadap Felda.

"Felda, ialah sebuah badan berkanun. Ia membantu peserta untuk menambah baik taraf hidup mereka. Sebaliknya, di sini kita berdepan satu situasi defendan pertama (Felda) menipu plaintif (peserta).

"Ugutan sedemikian menjejas Felda. Felda Palm Industries Sdn Bhd tidak lebih baik oleh kerana mereka dikaitkan dengan atau sebahagian dari Felda," katanya.

Abdul Malik, dalam pada itu, memutuskan agar kes itu dirujuk kembali ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan semula kerana hakim Mahkamah Tinggi telah melanggar peraturan berhubung penerimaan bukti bila beliau mencapai pendapat yang memihak kepada peserta.

"Tidak ada bukti dokumen di hadapan hakim yang arif Mahkamah Tinggi untuk menyokong kerugian sebenar atau anggaran kerugian ditanggung setiap plaintif (peserta)," katanya.BERNAMA

Sumber : mstar
Komen aku : Abg Tapa macam ada kepentingan je. Siap main ugut-ugut ni. Dah macam AH LONG je. kahkahkah...Jangan lepas PRU 13 nanti Abg Tapa jadi pemetik buah kelapa sawit dah la. Pekerja dari indon dah kena sekat masuk Malaysia ni. kahkahkah

Mitos perpecahan Melayu

Oleh sumpit | Sabtu, Jun 27, 2009 | , , , , , | 0 Komen »

APABILA banyak orang Melayu menyokong Umno, maka dikatakan Melayu bersatu. Apabila banyak orang Melayu menyokong PAS dikatakan orang Melayu berpecah. Inilah mitos yang selalu dimainkan oleh pihak Umno untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada mereka.

Dalam demokrasi tidak timbul mana-mana kaum berpecah. Rakyat tanpa mengira kaum memilih mana-mana parti yang boleh berkhidmat untuk mereka secara jujur dan berkesan.

Untuk apa orang Melayu menyokong Umno jika parti itu dalam amalannya tidak jujur dan pentadbirannya tidak berkesan. Maka ia wajar beralih sokongan kepada parti lain yang berkesan, umpamanya PAS.

Kalau dikira dari sudut perpaduan, orang Melayu wajar bersatu menyokong PAS dan sekutu-sekutunya. Andai kata orang Melayu Perak banyak memberi sokongan kepada PAS dan sekutu-sekutunya, maka PAS muncul sebagai parti yang dominan.

Jika itu berlaku maka tidak timbul hujah DAP menerajui kerajaan negeri Perak. Apa yang berlaku di Perak, orang Melayu sebahagian besar masih menyokong Umno, tetapi pada waktu yang sama sudah ramai menyebelahi PAS dan sekutu-sekutunya.

Tidak semestinya baik

Namun begitu, ia tidak bermakna orang Melayu berpecah. Perpaduan tidak semestinya baik, seperti mana perpecahan tidak semestinya buruk. Kalau bersatu atas perjuangan yang baik, maka hasilnya adalah baik. Tetapi kalau bersatu atas perjuangan yang buruk, maka hasilnya buruk. Begitu juga dengan perpecahan.

Adalah mustahil untuk berlaku perpaduan yang mutlak. Manusia mempunyai pelbagai ragam termasuk pandangan dan sikap. Sudah tentu mereka mempunyai pandangan politik berbeza dan memberi sokongan kepada parti politik berlainan.

Dalam sejarah tidak pernah mana-mana bangsa memberi sokongan kepada sesebuah gerakan secara mutlak. Perpaduan mutlak tidak ada. Yang ada ialah kebanyakan atau majoriti sesuatu sokongan bangsa kepada mana-mana pihak. Itulah apa yang disebutkan sebenarnya sebagai perpaduan.

Mitos bahawa Melayu berpecah sering kali dikaitkan pula bahawa orang Cina bersatu. Kalau orang Melayu menyokong parti yang berlainan maka mereka dikatakan berpecah. Orang Cina menyokong parti berlainan tidak pula dikatakan berpecah.

Ini kerana orang Cina dikatakan bersikap bersatu dalam menghadapi isu-isu Cina seperti soal bahasa Cina, sekolah Cina, kebebasan beragama dan menolak Dasar Ekonomi Baru.

Tanggapan ini menggambarkan seolah-olah Melayu yang berlainan parti tidak bersatu dalam isu-isu Melayu. Apabila orang Melayu menyokong PAS dan KeADILan, maka dikatakan bahawa mereka dalam Pakatan Rakyat menolak isu-isu Melayu.

Sedangkan orang Melayu dalam PAS dan KeADILan tetap mendokong kepentingan Melayu, seperti memartabatkan bahasa Melayu dan hak memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu.

Secara umumnya orang Melayu, seperti juga orang Cina tetap bersatu dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Tetapi tentunya mereka berlainan pendapat khususnya dari segi pendekatan lebih-lebih lagi apabila mereka kecewa dengan kegagalan Umno.

Maka apabila sesebuah parti politik itu gagal, wajarkah mereka terus menyokong sesuatu kegagalan? Tentunya tidak.

Pendekatan sememangnya berbeza tetapi matlamat serupa. Suatu contoh jelas. Umno menyokong gagasan ketuanan Melayu. Tetapi dari segi pendekatan, mungkin itu tidak dicerminkan dan tidak berjaya sepenuhnya. Selain itu, gagasan ketuanan Melayu yang dipegang Umno ada unsur perkauman dan penindasan. Itu menurut sesetengah pandangan.

Gagasan ketuanan Melayu umpamanya bermaksud bahawa Malaysia berasal dan berasaskan kepada negeri-negeri Melayu yang mempunyai raja-rajanya dan rakyatnya yang merupakan bangsa Melayu.

Atas perjalanan sejarah, ia menjadi negara moden Malaysia sebagai negara yang berasal dan berasaskan Melayu. Itu terlihat dalam perlembagaan Malaysia yang menetapkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri masing-masing dengan secara bersistem menjadi ketua negara bagi Malaysia.

Dukung Perlembagaan

PAS dan KeADILan mendukung Perlembagaan Malaysia. Begitu juga dengan DAP. Bermakna Pakatan Rakyat mendukung Perlembagaan Malaysia. Ketuanan Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan didukung oleh Pakatan Rakyat.

Tetapi bukan ketuanan Melayu yang bersifat perkauman dan meminggirkan kaum lain seperti mana yang difahamkan oleh sebahagian daripada orang Melayu yang menyokong Umno.

Dalam hal ini, ada dua fahaman lain yang dipegang oleh Pakatan Rakyat. Bagi DAP dan KeADILan ada gagasan yang disebut sebagai ketuanan rakyat. Sementara PAS pula mendukung ketuanan Islam.

Ketuanan rakyat dan ketuanan Islam juga tercermin dalam perlembagaan Malaysia. Ketuanan rakyat menunjukkan semangat demokrasi sementara ketuanan Islam meletakkan agama ini sebagai kepercayaan tertinggi bagi negara.

Adakah orang Melayu yang mempunyai pandangan berbeza dalam hal ini dikatakan berpecah? Banyak orang Umno turut menyokong ketuanan rakyat dan ketuanan Islam jika mereka diberi kefahaman mendalam. Ini kerana seperti ketuanan Melayu, ketuanan rakyat dan ketuanan Islam berada dalam jiwa orang Melayu. Melayu tidak berpecah dalam hal ini.

Dalam sejarah pun, Melayu mempunyai keragaman pandangan politik dan ia tidak bererti berpecah. Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) keluar daripada Umno, itu tidak bermakna Melayu berpecah. Mereka keluar daripada Umno antara lain kerana Umno tidak mahu memperjuangkan kemerdekaan.

Umno hanya mahu mengekalkan kedaulatan Melayu dalam naungan British. Tetapi itu tidak bermakna Melayu berpecah kerana kedua-dua pihak menjunjung kepentingan Melayu.

Walaupun nanti apabila orang Melayu bertambah sokongannya kepada Pakatan Rakyat, itu tidak bermakna orang Melayu bertambah berpecah. Malahan ia bermakna orang Melayu bertambah bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Umno adalah sebuah parti politik. Umno bukan Melayu sepenuhnya dan Melayu bukan Umno sepenuhnya. _

Sumber : Harakahdaily (Abu Firdaus)
Komen aku : Kalau Umno sudah berkubur. Muzium UMNO di Johor sedia menanti.

KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).

Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.

"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.
"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.

"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).

"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.

"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.

Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.

"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.

"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.

"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.

"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.

"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.

"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.

"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).

"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.

"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya. - mks._

Sumber : Harakahdaily
Komen aku : Kan tok guru dah marah tu.....ni ada yang kena rotan jap lagi kang.....kahkahkah. Apa lagi abg Najib, peluang macam ni la Abg Najib patut buktikan kepada rakyat Malaysia. Tunjukkan kepada Tok Guru dan rakyat Malaysia yang Abg Najib memang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang unggul.

Sedangkan Obama pemimpin ternama dan unggul dunia boleh call Abg Najib inikan pula Tok Guru. Ini menunjukkan Abg Najib lebih ternama dan unggul dari Obama. Setakat Tok Guru apa la sangat. Senang-senang je abg Najib boleh kitai Tok Guru. Betul tak abg Najib? Sahut cabaran Tok Guru tu Abg Najib. Hidup Abg Najib!!!

Nik Aziz ajak Najib berdebat

Oleh sumpit | Sabtu, Jun 27, 2009 | , , , | 0 Komen »

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS.

Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," beliau dipetik berkata selepas mengimamkan solat sunat dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu pagi ini.

Turut hadir pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu exco pendidikan, pembangunan Islam dan dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat mengadakan perdebatan itu dibuat susulan tindakan Pemuda Umno negeri membuat aduan polis kelmarin berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik 21 Jun lalu, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya lagi, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

Nik Aziz dilaporkan menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Sumber : Malaysiakini
Komen aku : Ini merupakan salah satu cara yang di lihat terbaik untuk merungkai permasalahan yang timbul. Diharap Abg Najib bersetuju untuk hadir di majlis perdebatan ini. Tunjukkan kejantanan anda. Kalau tidak dapat hadir pun. Sila hantar pemain simpanan anda Abg Rosmah. kahkahkahakah

Gambar : Siapa belum kenal Ayah Pin?

Oleh sumpit | Jumaat, Jun 26, 2009 | , , , , , , | 0 Komen »


Pemuda Umno buat laporan polis kenyataan Nik Aziz

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.
Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kirakira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.
"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.
"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.
Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan. BERNAMA

Sumber : Bernama
Gambar : Koleksi Jom Sumpit
Komen aku : kahkahkahkah.....tak sia-sia Jom Sumpit letak gambar ayah Pin dalam koleksi gambar Jom Sumpit. Siapa yang belum kenal ayah Pin boleh tengok la gambar kat atas tu. Ayah pin yang pakai baju batik, berseluar sleck dan berdahi lapang....macam dahi siapa ek? kahkahkah. Orang kuat Umno/BN tu......kahkahkah. Boleh pergi langit....kahkahkah...
Ini dah kira macam bukti juga la kan.....kahkahkah.....
Kalau nak menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah Pin dan komunis, sebenarnya banyak persamaan. Dalam komen-komen Jom Sumpit sebelum ni pun Jom Sumpit ada komen pasal persamaan antara Umno dengan Ayah Pin dan komunis. Untuk komen tajuk ni Jom Sumpit tak berkesempatan untuk menghuraikannya lagi. Busy la bro. Cuma Jom Sumpit nak korang fikir la sendiri betul tak Tuan Guru Nik Aziz kata. Buat Tok Guru Nik Aziz....kita memang geng.....give me five. Takbir!!!!!!
Umno sekarang terpaksa menahan muka tebalnya kerana persamaan yang Tuan Guru Nik Aziz buat terkena batang hidung Umno sendiri. kahkahkahkah.....padan muka....lu kena beb....kahkahkah.....

Ejen -ejen Jom Sumpit semua dah tukar bunyi horn kereta dan motosikal. Semuanya dah bunyi PIN...PIN....PIN...PIN..... Nanti kalau kenderaan kami boleh bawa balik ke Malaysia....bila jumpa orang kuat Umno......kami akan bunyikan horn kereta kami...PIN....PIN....PIN...sebagai tanda hormat kami. kahkahkahkaahkah....Buat sahabat-sahabat di Malaysia...apa lagi ...tukarlah horn anda.....kahkahkahkah....

KUALA LUMPUR [5.17 pm] - Ramai yang terkejut dengan pendedahan terbaru kami tentang "Rekod Panggilan Saiful Ke Mindef". Dalam laman web Suara Keadilan dan TV Antara hari ini ada mendedahkan artikel kami berkenaan perkara itu. Antara lain laman web terbabit melaporkan tentang pendedahan kami bahawa "mangsa liwat" Si Saiful Bukhari Azlan telah membuat beberapa panggilan ke Kementerian Pertahanan (Mindef) biar pun beliau sudah bekerja dengan Anwar ketika itu. Susulan daripada pendedahan itu, ramai pihak yang menghubungi kami dan mahukan kepastian atas pendedahan tersebut. Justeru itu, kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa krew kami kini sudah berada dalam "keluarga Saiful". Pendedahan tentang panggilan itu telah dibuat oleh Saiful menggunakan telefon bimbitnya. Perkara ini disiasat oleh saudara Saiful yang tidak mahu namanya didedahkan. Menurut beliau "ketika Saiful pulang ke rumah selepas beliau membuat laporan polis kononnya diliwat, beliau telah hadir ke rumah Saiful untuk mendapatkan kepastian tentang kes itu". "Ketika saya sampai, Saiful sedang mandi dan saya memberanikan diri untuk mengambil telefon bimbit Saiful dan memeriksa panggilan yang telah dibuat oleh beliau sebelum laporan polis itu dibuat. Maka, akhirnya saya mendapat enam nombor terakhir panggilan yang telah dibuat oelh Saiful sebelum beliau membuat laporan polis dirinya diliwat itu" katanya.

Hasil maklumat tersebut, krew kami telah cuba mendapatkan keenam-enam nombor berkenaan. Namun, atas alasan keselamatan beliau tidak berani memberikan tiga nombor yang dikategorikan sebagai nombor "VVIP". Sebaliknya beliau memeberikan hanya tiga nombor yang lain untuk diperiksa oleh kami. Sungguh mengejutkan bila siasatan terperinci dilakukanm memang sah bahawa dua nombor tersebut adalah talian TM yang dibuat ke Kementerian Pertahanan (Mindef). Malah panggilan yang disemak menggunakan nombor terbabit telah dibuat sejak bulan Februari 2008. Ini bermakna, Saiful telah berhubung dengan Kementerian Pertahanan sebelum beliau bertugasa di pejabat Anwar lagi. Ini menimbulkan kemusykilan, kenapakan Saiful senantiasa berhubung dengan pihak Mindef, sedangkan selepas itu beliau bekerja dan bertugas di Pejabat Anwar. Malahan satu nombor lagi yang telah kami semak ialah panggilan yang dibuat ke nombor 019-2073667 atas Nama Azlan Bin Mat Lazim, No.120 Kg.Janda Baik, Bentong Pahang. Setelah diteliti nombor tersebut adalah talian bapa si Saiful sendiri. Tiga nombor yang disyaki VVIP itu, kami percayai salah satunya adalah nombor telefon Ezam Mat Nor, Mantan Ketua AMK yang telah khianat kepada rakyat dan menyertai UMNO. Semua rekod ini sepatutnya diserahkan kepada Anwar melalui Saudara Zakaria Abd Hamid ketika itu. Namun dek kerana beliau terlalu sibuk dengan berbagai urusan, akhirnya maklumat itu tidak dapat diserahkan.

[Semakan terkini yang dibuat terhadap nombor Mindef itu juga kini sudah berubah dan telah di"divert"kan ke tempat lain. Ini menunjukkan bahawa pihak berkenaan telah mula menyedari maklumat ini dan cuba untuk mengubah fakta yang telah diperolehi itu sebenarnya. Pendedahan ini akan menguatkan lagi hujah bahawa kes liwat terbaru terhadap Anwar ini adalah "Satu Konspirasi" jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan menamatkan karier politik mantan TPM itu sebenarnya. Justeru itu, kami turut menyeru agar seluruh rakyat dapat bersama-sama mempertahankan keadilan dan tidak sewenang-wenangnya Anwar dibicarakan hanya untuk tujuan menghumbankan kembali beliau ke Penjara Sungai Buloh, bagi tujuan menghukum beliau dan melampiaskan dendam kesumat yang kian melanda dihati pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Perbicaraan Anwar wajar dibatalkan demi menjaga kreadibiliti mahkamah di Malaysia, jika tidak mahi terus ditertawakan dunia].

Sumber : Pahangdaily
Komen aku : Lembu.....boookkkk.....lembu....boookkkk.....lembu.....booookkkk. Bodoh punya lembu. Dalam banyak-banyak lembu yang aku jumpa, lembu dari Uniten ni lah binatang pertama yang aku jumpa yang rela punggungnya di jadikan modal politik dan fitnah. Kahkahkah...bodoh punya lembu. Lembu ni....belajo kat uniten pun fail. kahkahkahkah......Memang patut pun aku panggil lembu ni lembu bodoh......kahkahkah....